Kementerian Pengangkutan mendedahkan transkrip penuh
komunikasi antara pesawat penerbangan MH370 dan Pusat Kawalan Udara
Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata, transkrip penuh yang sudah diberikan kepada ahli keluarga
penumpang itu bagaimanapun tidak mengandungi sebarang komunikasi luar
biasa.
"Siasatan awal Malaysia Airlines sebelum ini mendapati suara terakhir
dari kokpit pesawat adalah pembantu jututerbang, namun polis sedang
menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan perkara itu," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia kekal dengan pandangan bahawa sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar primer milik tentera, pergerakannya konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat.

Sumber: MyMetro