ALOR SETAR - Perasaan rindu yang menebal menyebabkan ibu bapa bayi
malang, Muhammad Nasrullah mengambil keputusan untuk berpindah rumah.
Muhammad Nasrullah, 8 bulan, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 17 Mac lalu selepas keseluruhan badannya melecur teruk dipercayai kesan alahan kepada ubat yang diberikan sebuah klinik swasta.
Bapa mangsa, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata, dia dan isteri terpaksa berpindah dari kediaman di Jalan Stadium, di sini, ke Kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut, sebab tidak dapat menahan rindu kepada arwah anaknya itu.
Menurutnya, dia mengambil keputusan membawa isteri, Nur Shazira Mohd Salleh, 23, pulang ke kampung halaman buat sementara waktu kerana isterinya dipercayai tidak dapat menerima kenyataan itu.
“Isteri tak boleh terima. Semasa di kediaman lama, dia seolah-olah nampak dan berasakan kehadiran Nasrullah di setiap sudut rumah terbabit. Jadi, kami tinggalkan kawasan ini buat sementara waktu.
“Saya pula berhenti kerja untuk memulakan hidup baru di kampung halaman ini. Isteri asyik menangis membuatkan fikiran dan hati runsing, jadi berada di sisinya adalah jalan terbaik buat masa ini," katanya.
Namun, katanya, mereka berkemungkinan akan meneruskan hasrat memfailkan kes berkenaan ke mahkamah demi mendapatkan pembelaan buat arwah anak tunggal mereka itu.