PABM 2014: Awek cun luar negara pidato berbahasa Melayu

Bengkel_7
PERTANDINGan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2014 yang berlangsung bermula semalam hingga 29 April ini membuka tirai dengan berlangsungnya bengkel penyampaian pidato di Hoteh RHR, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi.

Selama dua hari, bermula semalam para peserta dari pelbagai negara menyertai bengkel penyampaian pidato sebagai persiapan sebelum menyampaikan pidato mereka pada Selasa ini.

Pelbagai gelagat dan aksi peserta pada hari bengkel penyampaian dapat dilihat ketika dua hari mereka berkampung di sini berlatih dari segi penyampaian dan penyediaan teks mereka dibantu oleh 10 orang Fasilitator.

Jika sekali pandang dari penampilan peserta, terasa bukan seperti di pertandingan pidato tetapi seperti berada di lokasi penganjuran pertandingan wanita cantik pula.

Ikuti beberapa gambar yang dirakamkan Mynewshub.my ketika para peserta PABM 2014 mengadakan perbincangan dalam kumpulan yang dibahagikan bersama fasilitator masing- masing. – MYNEWSHUB.MY

Bengkel_6 Bengkel_8 Bengkel_9 Bengkel_12 Bengkel_13 Bengkel_14