Susulan seorang penuntut IPT di Arau, Perlis mendakwa dirinya dicabul penceramah dan pakar motivasi terkenal, kini status Whatsapp penuntut tersebut mula tersebar.
Dalam status itu penuntut berkenaan menulis:
Berdasarkan laporan polis dibuat penuntut berkenaan, kejadian dikatakan berlaku pada 4 April lalu apabila dia datang ke pejabat pakar motivasi terkenal yang juga pensyarahnya itu bersama dua lagi rakan perempuan untuk mengulangkaji pelajaran.
Mangsa kemudiannya mendakwa pensyarah terbabit tiba-tiba duduk di sebelahnya sebelum mula meraba bahagian kaki dan meramas payudaranya.
Mangsa yang bimbang jika digagalkan dalam subjek yang diambil membiarkan perlakuan itu namun kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Arau selepas selepas menduduki peperiksaan akhir semester.
Difahamkan, ini bukan kejadian pertama menimpa penuntut berkenaan kerana pakar motivasi tersebut pernah melakukan perangai serupa di dalam kelas ketika sesi pembelajaran juga.
Disebabkan nama pakar motivasi terkenal yang sering keluar televisyen dan radio ini mula diketahui ramai, beliau dikejar orang ramai yang ingin meminta penjelasannya termasuk di laman Facebook.
Namun hingga sekarang beliau dilihat mengunci mulut, mungkin kerana kes ini masih dalam siasatan pihak polis.
Dalam pada itu, status Whatsapp penuntut berkenaan yang disebarkan di lamanFacebook tertentu telah mendapat beberapa maklumbalas.
Ada yang didapati menyokong tindakannya termasuk seseorang yang mendakwa pernah menjadi PA pakar motivasi tersebut namun ada juga yang kurang bersetuju.
Apa pun, kita serahkan sajalah perkara ini untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Di penghujungnya nanti semoga pihak yang teraniaya dalam hal ini akan mendapat pembelaan.