Peka terhadap perubahan angin kencang

Alor Setar: Orang ramai diminta lebih peka dengan kejadian angin kencang dan ribut petir luar biasa berikutan berlaku perubahan musim antara monsun membabitkan kawasan pantai barat Semenanjung.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial dan Korporat Jabatan Meteorologi, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ia berikutan kejadian ribut yang melanda di beberapa kawasan di Padang Terap, Kedah dan Arau, Perlis hingga menyebabkan lebih 100 buah rumah rosak. 

Menurutnya, perubahan monsun itu sudah bermula sejak 29 Mac lalu dan dijangka akan berlarutan sehingga awal Mei nanti

Katanya, perubahan iklim di Malaysia sebenarnya berdasarkan kepada corak tahunan iaitu apabila tiba bulan Februari.
sumber - metro