Pengguna FB fitnah Rosmah,PDRM diminta ambil tindakan

Pengguna FB Sebar Gambar Fitnah Rosmah, Cabar Polis Ambil Tindakan
MELAMPAU… itulah yang boleh dirumuskan terhadap perbuatan seorang pengguna Facebook yang memuatnaik status menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin SeriRosmah Mansor meninggal dunia selepas pesawat terhempas.
Status berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia jugak kiter dikembalikan. Pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan. Al-fatihah” itu turut disertakan gambar Rosmah bersama rangka manusia yang disunting.
Satu yang pasti, pengguna Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah ini tahu perbuatannya itu boleh mengundang kontroversi apabila turut memuatnaik satu status lain yang seakan-akan mencabar tindakan pihak berkuasa terhadapnya.
2
Status itu berbunyi, “Pagi ni berteman teh tarik, roti telor 2 keping dan senaskhah utusan. Belek punya belek takde citer abang. Bila agaknya nak buat report polis secara berjemaah? Kemon der”.
3
Berani sungguh pemilik akaun Facebook Syed Saifullah ni kan. Malangnya, keberanian yang dimiliki digunakan untuk perkara tidak bermoral iaitu menyebarkan fitnah.
Harap-harap dia kekal dengan sikap berani ini ketika perlu membuka pintu bila polis datang ketuk rumah nanti. 
sumber - MYNEWSHUB