Presiden FAM sedia dicabar

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah sedia menerima sebarang cabaran sekiranya ada individu mahu mencabar kedudukannya sebagai peneraju badan induk bola sepak negara itu.
Katanya, sebagai manusia biasa, beliau tidak terkecuali kerana cabaran wujud dalam apa juga keadaan di dunia ini. 
“Ia bukan perkara baru, tapi normal. Ini negara bebas, saya tidak mempunyai masalah jika ada individu yang mahu mencabar, silakan...tak kisah siapa sekalipun namun pendirian saya akan dibincang pada 19 April (Mesyuarat Jawatankuasa Exco FAM) ini,” katanya selepas menerima penajaan dua kereta bagi pihak FAM daripada DRB-Hicom, semalam. 

Malah Sultan Ahmad Shah menegaskan, beliau masih lagi Presiden FAM sehingga berlangsung Kongres Pemilihan FAM ke-50 pada 25 Mei nanti.

Foto
SULTAN Ahmad Shah (tiga dari kiri) melihat kereta sumbangan DRB Hicom.

“Saya berhatikan batu, bertelingakan tempayan, seperti kata orang Melayu. Mereka boleh kata apa pun mengenai saya,” katanya.