SADA selesaikan masalah air bertakung di Langgar

Masalah air bertakung selesai
LANGGAR - Kerongakan paip yang menyebabkan air bertakung di Jalan Sungai Mati, dekat sini, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian semalam mendapat tindakan segera apabila Syarikat Air Darul Aman (Sada) turun membaiki paip tersebut.

Masalah air yang bertakung sejak seminggu lalu menyebabkan kenderaan yang melalui di situ terpaksa berhati-hati kerana bimbang kemalangan boleh berlaku.

Paip air sedalam dua meter di dalam tanah itu dikatakan bocor kerana kenderaan berat sering  melalui jalan terbabit.

Pihak kontraktor Sada telah mengambil beberapa jam sahaja untuk membaik pulih semula paip yang bocor itu.

sumber - Sinar Harian