Shafiq Yusof sah bergelar suami

Syafiq Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Aeisha
TAHNIAH kami ucapkan kepada pengarah muda yang juga anak kepada penerbit filem terkenal Yusof Haslam, Syafiq Yusof, 22, yang selamat bergelar suami kepada pasangannya, Aeisha Ustaz Zainal, 21.
Pasangan muda ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012, memetik Sinar Harian.
Shaqiq dan Aeisha dinikahkan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur dalam satu majlis yang dihadiri keluarga dan sanak-saudara dari kedua belah pihak.
Pernikahan pengarah muda itu sekaligus menuruti jejak langkah abangnya, Shamsul Yusof yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan pelakon Puteri Sarah pada awal bulan lalu.