Shila Hamzah terus harumkan nama negara



Shila Amzah Berjaya Rangkul Tempat Ketiga
TAHNIAH kami ucapkan kepada penyanyi Shila Amzah yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan akhir ‘I Am A Singer ’, malam tadi.
Pertandingan yang berlangsung di Changsha, China dan disiarkan secara langsung di HunanTV Channel itu turut menyaksikan penyanyi dari negara itu, Han Lei merangkul trofi kejuaraan.
Tempat kedua pula disandang oleh penyanyi Hong Kong, G.E.M.
Dalam pertandingan itu, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ pada pusingan pertama sebelum beraksi solo pada pusingan kedua dengan lagu ‘Mama’ yang dipopularkan oleh Eco-M.
Empat lagi peserta lain ialah rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).
Pastinya kemenangan ini melakar satu lagi kejayaan manis buat Shila dalam usahanya melebarkan sayapnya menembusi industri hiburan di negara itu.
Tahniah sekali lagi Shila!
sumber / MYNEWSHUB.MY