KAMI yakin anda biasa melihat perbuatan ‘troll’ atau mempermainkan
seseorang atau sesebuah organisasi di internet atas alasan mahu
bergurau.
Namun, bergurau mengenai sesuatu yang berkaitan dengan ancaman
terhadap keselamatan pesawat sememangnya sesuatu yang cukup bodoh untuk
dilakukan.
Itulah yang terjadi apabila seorang pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Sarah memuatnaik status yang ditujukan kepada syarikat penerbangan American Air yang berbunyi:
“@AmericanAir hello nama saya Ibrahim dan saya dari Afghanistan. Saya sebahagian dari Al Qaida dan pada 1 Jun saya akan melakukan sesuatu yang besar.”
Ternyata gurauan itu dianggap serius oleh pihak American Air yang kemudian membalas:
“@queendemetriax_ Sarah, kami mengambil kira ancaman ini sebagai sesuatu yang serius. Alamat IP dan maklumat anda akan dihantar kepada pihak keselamatan dan FBI.”
Akibatnya, remaja yang ketakutan itu telah memuatnaik statusnya yang memohon maaf dan mengakui ia hanyalah gurauan semata-mata.
Bagaimanapun, pihak American Airlines akhirnya memadamkan Tweet mereka terhadap Sarah.
Mungkin kerana mereka sudah menyiasat dan mendapati ia hanya dilakukan oleh seorang remaja yang berusia 14 tahun yang belum matang.
Macam-macam hal…
Sumber: Mynewshub.my