ATAS dasar busuk hati pembangkang kepada UMNO, tak pasal-pasal Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menjadi mangsa.
Menurut sebuah blog pro-pembangkang iaitu negarapakatanrakyat.blogspot.com,
ia mengatakan seluruh penyokong Pakatan Rakyat (PR) dikatakan kecewa
dan terkejut dengan tindakan beliau menerima lawatan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas.
Kata-kata pedas blog itu lagi mengatakan tindakan Haron menerima
lawatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai hina.
Penulis blog turut mempersoalkan tindakan akhbar PAS Harakah online yang seperti bangga menyiarkan berita lawatan itu di laman depan seolah-olah ia sesuatu yang perlu diraikan.
Blogger yang teruk ini siap boleh ugut Haron akan menimpa
nasib yang sama seperti Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Razak
yang kerap sangat menerima lawatan pemimpin BN masa sakit, terus
meninggal dunia.
“Haron Din nak terima nasib macam itu?” kata blogger tersebut dalam tulisannya.
Selain itu, blog itu melaporkan bahawa IJN sendiri adalah pusat
perubatan UMNO kerana ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang mendapat ilham
penubuhannya setelah beberapa kali hampir mati akibat serangan jantung.
“Apa tidak ada pusat perubatan lain yang Haron Din boleh pergi, tak malu dapat rawatan di hospital UMNO?” katanya.
Blog berkenaan dengan tidak bertanggungjawab menghina Haron dengan mengatakan tokoh ulama itu hendak dilawat Najib agar kos rawatannya dilupuskan.
“Pakatan Rakyat lebih terdorong untuk percaya Harun Din menerima lawatan Najib ini dengan sengaja atas sebab kewangan.
“Menurut maklumat, Harun Din mahu dengan lawatan Najib, IJN
tidak akan meminta bayaran ke atas caj rawatannya yang sudah mencecah
lebih RM 40,000 sejak seminggu dirawat disitu.
“Kalau isunya wang, Harun Din tidak perlulah berbuat demikian
– merendahkan maruah sendiri dengan menerima lawatan pemimpin zalim
seperti Najib.
“Aku yakin, mana-mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bersedia
menanggung kos perubatannya itu kalau Harun Din ringan mulut meminta. RM
40,000 saja pun, berapalah sangat nilainya? Kecil sangat,”
Lebih kelakar lagi apabila blog itu berkata Haron yang sudah dikenali
dengan taraf ulama perlu meletakkan maruah Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim di atas sekali kerana tanpa Anwar, PAS tidak akan kekal
memerintah Kelantan hingga sekarang.
Sungguh rendah dan hina maruah ulama Haron diperlakukan oleh penulis blog pro-pembangkang ini.
Sumber: MYNEWSHUB.MY