Tunggang motosikal tanpa melihat hadapan?

motosikal
CHINA – Menunggang motorsikal tanpa menggunakan tangan dan memakai topi keledar. Bukan itu sahaja, dia juga tidak memandang ke depan.
Lelaki ini kini diburu oleh polis kerana melanggar undang-undang jalan raya.
Dia juga dikesan beberapa kali menunggang dalam keadaan demikian di jalan raya yang sibuk.
Lelaki ini tidak langsung peduli untuk memandang ke depan sebaliknya terus menunggang dengan cara terbalik, tanpa mempedulikan keselamatan diri dan orang lain.
Video lelaki ini dirakamkan seorang lelaki, Yul Feng ketika dia sedang memandu di Renshou.
“Ia kelihatan seperti dia membonceng motorsikal manakala penunggangnya telah terjatuh tanpa disedarinya.
“Ia amat aneh. Saya merakamkan gambarnya dan kemudian menyedari bahawa orang lain juga merakamkan perbuatan sama dilakukan lelaki ini,’’ katanya.
Dalam pada itu, polis memaklumkan mereka menyedari mengenai insiden berkenaan dan memberi amaran kepada pihak lain supaya tidak menirunya.