Video : "Gerhana bulan berdarah" malam ini

VIDEO: Gerhana Bulan Berdarah Malam Ini

Malam ini, akan berlaku satu fenomena alam yang biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun sekali iaitu gerhana bulan berdarah.
Ia digelar begini kerana bulan akan bertukar warna kemerah-merahan dan dapat dilihat dengan mata kasar.
Fenomena ini bagaimanapun lebih jelas dilihat di bahagian Utara atau Selatan Amerika dan Australia.
Pada zaman dahulu, gerhana bulan berdarah dianggap petanda malapetaka bakal menimpa terutama bagi masyarakat sekitar benua Amerika Selatan dan Afrika.
Menurut NASA punca gerhana bulan berdarah bukanlah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari sebagaimana dipercayai sesetengah pihak tetapi kerana pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi.
Sekiranya berminat untuk menyaksikan gerhana bulan berdarah secara langsung, anda boleh menyaksikannya menerusi video ‘LIVE streaming’ di bawah. 
sumber - MYNEWSHUB
http://youtu.be/S7aXzE5ZNH8