NAMPAKNYA, kontroversi di antara selebriti cantik, Wardina dan
pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, tidak terus dijadikan topik
hangat.
Walaupun pada awalnya, perkara ini mendapat kritikan dan cemuhan
daripada pelbagai latar masyarakat Islam, namun Wardina dilihat sangat
tenang dalam menanganinya.
Menerusi laman sosial, Facebook, milik selebriti ini, dia memberitahu
bahawa telah berhubung dengan Ustaz Don menerusi talian mengenai
perkara itu.
Malah, dalam perbualan itu, Ustaz Don juga dikatakan telah menafikan
kenyataan balas di akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) mengenai isu
berkenaan.
“Just got off the phone with Ustaz Don. Uztaz Don kata dia tidak ada memberi apa pun kenyataan balas.
“Segala kenyataan balas tidak benar. Khair Insya-ALLAH. Ada hikmah semua ini seperti kata ramai ustaz dan ustazah kepada saya.
“Thank you for the support. Will meet up Monday. Alhamdulillah. Kita tak tahu rancangan ALLAH… ALLAH sebaik-baik perancang,” tulisnya lagi.
Selain itu, Wardina juga dilihat sangat terbuka dalam memberi respons kepada pengikut di laman sosialnya mengenai perkara ini.
Malah, beberapa saranan juga turut dibalas dengan reaksi positif tanpa menggores mana-mana hati peminat.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Don
tidak dapat diperoleh kerana beliau kini dikhabarkan berada di luar
negara, memenuhi tuntutan kerja. - Sinar Harian