Jakarta – Media Jakarta melapor
19 pegawai kerajaan di Kabupaten telah dipecat November lalu kerana di dapati bersalah
melanggar undang-undang di tetapkan pada tahun 2011 iaitu tidak solat subuh
secara berjemaah.
Menurut kontrak yang dipersetujui
oleh mereka sebelum ini pegawai kerjaan WAJIB solat Zuhur dan Asar setiap hari bekerja, puasa
sunat setiap isnin dan khamis serta solat subuh berjemaah pada pagi jumaat.
Solat jemaah ini harus dilakukan di Masjid Islamic Centre yang terletak
berdekatan pejabat daerah Kabupaten Rokan Hulu.
Kesemua 19 orang pegawai yang dipecat ini tidak
diberikan amaran langsung oleh Ketua Adat (Rokan Hulu mengamalkan adat Mingakabau)
dan pemecatan dilakukan serta merta ketika ketua adat menjalankan pemeriksaan mengejut
pada waktu subuh November lalu.
Pemecatan ini mendatangkan kemarahan kepada semua
pegawai yang terbabit kerana tidak diberikan peluang untuk mempertahankan diri
sebelum tindakan diambil.
Menurut salah seorang pegawai yang dipecat itu, dia hanya
tidak hadir solat subuh pada hari jumaat kerana tinggal agak jauh di pejabat.
Sebelum ini, dia terpaksa tidur di pejabat pada hari
khamis malam untuk memastikan dapat hadir pada pagi jumaat untuk menunaikan
solat subuh secara berjemaah di sini.
Undang-undang yang dijalankan ini dilihat sangat tegas
kerana tidak memberi peluang untuk mereka yang bersalah membela diri.
Sekiranya undang-undang ini dijalankan di negara kita,
apakah yang akan terjadi?? –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor