Kota Bharu, 29 Mei – Rumah kosong
yang menjadi lokasi kejadian dua orang gadis bawah umur dirogol 38 lelaki pada 20 Mei lalu merupakan tempat melepak bagi
pemuda-pemuda kampung di sini.
Selain dijadikan port untuk
melepak, kawasan itu sering dijadikan tempat anak-anak muda membaiki motosikal
dan menghabiskan masa mereka.
Menurut salah seorang penduduk,
Rogayah Abdullah, 57 ,kawasan itu sebelum ini pernah diserbu oleh pihak
berkuasa berhubung kes penagihan pil kuda yang di jalankan dalam rumah tersebut.
“Jadi, rumah terbabit dijadikan tempat remaja di
sekitar kawasan ini membawa rakan mereka melepak dan sebelum ini polis pernah
menyerbu rumah tersebut berhubung kes penagihan pil kuda,” katanya.
Rogayah juga berkata, dia hanya mengetahui mengenai
kejadian yang berlaku apabila melihat sepasukan polis menahan seorang suspek
yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.
“Balik ke rumah hampir jam 10 atau 11 malam, jadi
memang makcik tak tahu langsung mengenai kejadian yang berlaku hanya beberapa
meter dari rumah makcik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi
kejadian.
Seorang lagi penduduk yang tinggal berhampiran lokasi
kejadian, Mat Husin Mat Nor berkata, mereka tidak mendengar apa-apa bunyi yang
mencurigakan ketika kejadian yang berlaku pada hari mangsa dirogol.
“Terkejut juga apabila ramai polis datang dan menangkap
suspek tinggal tidak jauh dari kediaman saya.
“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya lagi.
“Lagipun semasa kejadian kami tidak menyedari apa-apa kegiatan mencurigakan memandangkan ia berlaku pada waktu Maghrib dan tidak mendengar bunyi bising,” katanya lagi.
Dalam kejadian yang berlaku pada 20 Mei yang lalu, dua
orang gadis telah dirogol oleh sekumpulan 38 lelaki melayu yang bertindak
mengepong mangsa sebelum bertindak merogol mangsa bergilir-gilir sehingga kedua-dua
pengsan dalam sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor