Selepas desas-desus pergolakkan
rumah tangganya hebat diperkatakan oleh umum, Arbaiyah Abdul Manan, 37, atau lebih dikenali
sebagai Abby Abadi dilaporkan akan memfailkan perceraiannya
pada Khamis ini sekali gus menjelaskan keadaan rumah tangganya yang tidak dapat
diselamatkan lagi.
Dalam
sebuah portal berita menyiarkan laporan bahawa Abby akan memfailkan cerai
terhadap suaminya, Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Syariah Gombak Timur,
kira-kira jam 9.00 pagi esok
Menurut rekod, pasangan ini telah
bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Abby yang sebelum ini mengambil
langkah selamat dengan tidak membuka mulut apabila ditanya mengenai masalah
rumah tangganya oleh media.
Sebelum ini, KedahNews.com ada
menyiarkan mengenai pergolakan rumah tangannya yang di ibaratkan retak menanti
belah tetapi Abby enggan memberi komen mengenai isu tersebut.
Bersama-sama kita nantikan adakah
benar Abby akan memfailkan penceraian atau tidak akan terjawab esok. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor