Aksi wanita bogel gemparkan pengguna jalan raya


Balik Pulau, 19 Mei – Keadaan di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau tiba-tiba bertukar kecoh ekoran kehadiran seorang wanita misteri dalam keadaan bogel di kawasan tersebut.

Wanita tersebut yang dipercayai berbangsa Melayu, berumur anggaran lewat 30-an dan difahamkan kuang siuman.

“Polis yang menerima panggilan sekitar 8.45 pagi semalam tiba ke lokasi dan berjaya menahan wanita itu dengan bantuan orang ramai,” kata seorang anggota polis ketika dihubungi semalam.


Sumber juga menjelaskan bahawa pihak berkuasa telah membawa wanita berkenaan ke hospital di Jalan Perak bagi mendapatkan rawatan.

Ketika ditahan, pihak polis mengesahkan tiada sebarang maklumat dijumpai bagi membantu pihaknya mengesan identiti wanita tersebut.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan dilaporkan berlaku akibat kelibat dan aksi wanita bogel berkenaan. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor