Beberapa nama popular seperti Lee Hyori, Jung Woo dan Song Ji Hyo datang ke Bali baru-baru ini untuk sesi fotografi beberapa majalah popular negara itu.
Kini yang terbaharu ialah anggota kumpulan KARA, Goo Hara datang ke Bali untuk majalah Cosmopolitan Korea.
Penyanyi lagu Damaged Lady ini menggayakan pakaian baju mandi berhampiran kolam renang sebuah hotel di Pulau Dewata, Bali.
Dalam perkembangan lain, bekas kekasih Junhyung ini akan keluar dengan album terbaharu penghujung tahun ini.
Kumpulan KARA juga dalam proses untuk mencari ahli baru melalui program KARA Project bagi menggantikan Jiyoung dan Nicole. -Mstar