Annuar marah identiti mangsa rogol terbongkar


Ketereh, 28 Mei – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, telah membidas tindakan pihak yang mendedahkan identiti mangsa yang terlibat dalam kes rogol semalam.

Menurut Annuar dalam satu status yang dimuat naik dalam laman Facebooknya, beliau merasa hairan bagaimana maklumat mengenai laporan yang dibuat oleh mangsa boleh tersebar kepada umum.

“BAGAIMANA DETAIL REPORT BOLEH TERSEBAR…KALAU YA SEKALIPUN PIHAK POLIS DAN DLL (DAN LAIN-LAIN) HENDAKLAH LINDUNGI INDENTITY MANGSA…MANGSA MASIH MINOR/ DI BAWAH UMUR,” katanya menerusi laman Facebooknya semalam.

Tindakan tersebut dianggap satu tindakan yang boleh menjejaskan keadaan mental mangsa yang terlibat sekirannya pendedahan mengenai identiti sebenar mangsa diketahui oleh mereka tidak bertanggungjawab sekaligus akan menjejaskan keadaan kesihatan mangsa.

Sekiranya pendedahan itu menyebabkan gambar mangsa kejadian tiba-tiba disebarkan secara meluas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap mangsa dan keluarganya.

Justeru itu, pihak berkuasa terutamanya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) harus berhati-hati agar hal ini tidak berulang kerana pihaknya akan dipersalahkan sekiranya berlaku perkara yang buruk disebabkan pendedahan laporan yang dibuat oleh setiap mangsa yang terlibat. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor