Anwar dedah rahsia besar UMNO

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Puchong Selangor baru-baru ini telah mendedahkan bahawa UMNO sebenarnya tidak serius dalam menyokong Hudud kerana UMNO sendiri tidak betul didalam mentadbir kerajaan. Beliau mendakwa penyokongan itu hanyalah semata-mata mahu mengaburi mata rakyat tentang sifat sebenar UMNO yang selama ini merompak kekayaan rakyat.
Dihadapan penyokong tegarnya, beliau mendedahkan bahawa UMNO sebenarnya merompak serta menipu rakyat selama ini. Beliau juga mendakwa bahawa UMNO dalam pentadbiran negara sentiasa menindas rakyat serta berlaku zalim kepada rakyat didalam pentadbirannya. Beliau menyifatkan bahawa kepincangan yang berlaku dalam kerajaan semakin berleluasa dan tidak pernah dibendung oleh kerajaan. 
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan bahawa UMNO sebenarnya takut jika hudud dilaksanakan juga, segara sumber haram UMNO seperti kasino, rompakan kekayaan serta penindasan terhadap rakyat yang dilakukan oleh UMNO akan tersekat.
"Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?", "Umno hanya nak permainkan isu ini. Hala tujunya tidak ke mana."
“Tidak mungkin orang curi ayam sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya.
Anwar juga cuba mengaitkan badan kehakiman negara dan institusi mahkamah negara tidak berlaku adil dalam pembicaraan kerana menjatuhkan hukuman keatasnya dengan kesalahan meliwat. Anwar menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada kezaliman kerajaan Dato Seri Najib dan beliau juga berjanji akan menentang habis-habisan didalam isu kes liwat 2 tersebut demi untuk membersihkan badan kehakiman negara.
“Jika betul nak buat, dia kena betulkan rasuah yang meluas, kezaliman, bahang perkauman, menghina orang dan salah guna kuasa. Peguam negara macam itu, hakim macam ini. Nak cakap soal hudud. Apa dia?” katanya lagi. -UtaraNews.com