Susulan beberapa luahan tidak puas hati para ahli Parti Keadilan
Rakyat (PKR) berkenaan isu di dalam pemilihan parti, satu protes
tercetus di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi.
Bimbang ia akan tersebar di media arus perdana ekoran kepincangan
pemilihan parti, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak
merayu kepada para penyokong yang protes untuk bersurai.
Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang, pihak parti akan menyiasat
segala aduan penipuan yang berlaku antaranya melibatkan perebutan
jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Saya bagi jaminan dan saya tidak peduli.. jika buat jugak
selepas saya cakap ini, saya pecat.. Biar saya sorang tak apa, sebab
kita bertanding atas prinsip.
“Jadi, saya minta bersurai sekarang.. jangan layan satu dua
khianat.. jangan.. anda semua kena ingat.. bukan cari makan’ apa yang
kita buat ini, kita susah payah.. faham tak.. jadi saya minta bersurai
dengan baik.
“Jika tidak, siapa yang masih hadir, saya akan ambil tindakan,” katanya mententeramkan pihak yang melakukan protes.
Bantahan difahamkan dilakukan kira-kira 200 orang ahli PKR yang
membantah dan mengkritik peranan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang
didakwa gagal mengendalikan pemilihan parti dengan baik.
Tindakan Anwar jelas tidak menggambarkan apa yang biasa dilakukan
oleh parti itu jika tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan iaitu
dengan mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara untuk
menimbulkan kekecohan.