INGATKAH lagi anda dengan isu pelakon Fazura yang
dikatakan ‘sentap’ dengan tulisan Neelofa berkenaan artis hipokrit yang
disiarkan di sebuah akhbar tempatan awal bulan lalu?
Akibatnya, pelakon itu telah mengemaskini statusnya di Twitter yang seolah-olah memerli penulisan itu.
Tidak mahu mengulas panjang, Neelofa menerusi Sinar Harian berkata, topik yang dtulisnya itu adalah secara umum sahaja dan tidak ditujukan kepada sesiapa.
“Ada yang bersetuju dan ada yang tidak, saya hanya menulis
melalui pengalaman dan pemerhatian saya. Saya dipertanggungjawabkan
untuk memberikan apa sahaja pandangan saya melalui kolum sendiri dan
jika ada yang tidak setuju atau terasa itu hak mereka,” ujarnya.
Betul juga kata Neelofa itu. Dia langsung tidak meletakkan nama sesiapa pun dalam penulisannya itu.
Kalau ada yang terasa, agak-agaknya kenapa ya? -Mynewshub.my