Pelakon drama bersiri, Izreen Azminda, 29, sebelum ini dilaporkan pernah mengesahkan dia sudah diceraikan oleh suaminya, Muhamad Riza Baharuddin, 31.
Namun lain pula reaksi dari suaminya yang dipetik melalui media dan memberitahu dia belum lagi melafazkan talak kepada Izreen, sebaliknya baru saja menfailkan perceraian di Mahkamah Syariah.
“Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi,” jelasnya mengenai kedudukan rumahtangga mereka yang "retak menanti belah".
Menurut Riza, pertemuannya dengan Izreen di lokasi penggambaran pada 16 Mei itu bukanlah untuk menceraikan isterinya itu, tetapi adalah untuk menghantar anak pada ibunya kerana mereka sudah lama tidak bertemu.
Pada masa yang sama kata Riza, mereka turut berbincang mengenai perceraian dan hak penjagaan anak selepas proses penceraian itu berakhir nanti.
Selain itu, Riza turut menyifatkan khabar angin yang mendakwakan dia menceraikan Izreen di lokasi pergambaran tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.
“Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik, bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Kalau sudah begitu kata Riza, nampaknya memang Izreen akan tetap diceraikanlah dan bertambah lagi graf penceraian di kalangan artis di Malaysia.
Ramai artis-artis tanahair yang berkahwin dan menganjurkan majlis perkahwinan mereka secara besar-besaran, namun akhirnya runtuh bercerai di pertengahan jalan.
Kepada seluruh artis beragama Islam yang telah mendirikan rumahtangga di seluruh negara, KedahNews.com mendoakan agar jodoh kalian semua berkekalan hingga ke akhir hayat serta dirahmati Allah SWT dengan barakah kasih sayang Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah RA.
Soal jodoh pertemuan itu sememangnya telah ditentukan Allah SWT dan sudah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Wallahu'alam.. -KedahNews.com