Astaghfirullah! Pembantu rumah melecur teruk disimbah air panas hanya kerana...

Hanya kerana lambat membancoh kopi, seorang pembantu rumah warga Filipina mengalami kecederan melecur yang teruk selepas dicurah dengan air panas yang sedang menggelegak oleh ibu kepada majikannya.

Malangnya, wanita berusia 23 tahun itu yang dikenali sebagai Fatma, hanya dibawa ke hospital selepas enam jam kejadian itu berlaku.

Dia yang mengalami kecederaan lecur di bahagian belakang dan kaki, kemudiannya menyerahkan numbor telefon sepupunya kepada kakitangan hospital dan meminta mereka menghubunginya.

Sekembalinya ke rumah majikan, sepupu Fatma yang simpati dengan nasib saudaranya itu telah mengambil wanita itu di rumah tersebut.

Maklumat terkini memberitahu bahawa Fatma kini berada dalam jagaan kedutaan Filipina.

Mungkin berniat untuk menyebarkan insiden tersebut sebagai pengajaran kepada pembantu-pembantu rumah di seluruh dunia, sepupunya kemudian telah memuat naik gambar Fatma dengan kecederaan parah di laman sosial, Facebook.

Menurut sepupunya itu, Fatma baru berada di Riyadh dalam tempoh masa dua bulan, namun terpaksa mengharungi pengalaman yang sangat mengerikan.

Jelasnya, di sebalik mengalami lecur yang teruk di seluruh badan itu, dia juga selalu dipaksa bekerja setiap masa, sering dipukul, didera dan tidak diberikan makanan oleh majikannya.-KedahNews.com