Bala mencuri kereta...


Alor Setar – Tindakan sepasang suami isteri muda yang ingin mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios mendapat balasan yang setimpal apabila kereta tersebut remuk terlanggar sebatang pokok sena yang terletak dibahu jalan raya ketika mahu melarikan kerendaan itu kelmarin.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 30 kilometer dengan lokasi kerendaan itu dicuri.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi di Jalan Paya Kemunting Jitra disini selepas mereka mencuri kereta milik seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.

Dalam kemalangan tersebut, lelaki berusia 24 tahun itu terselamat walaupun mengalami kecerderaan parah di kepala dan leher manakala pasangan yang berusia 26 tahun hanya cerdera ringan.

Pasangan tersebut difahamkan mahu melarikan kerendaan yang dicuri itu ke rumah mereka di Kampung Baru, Asun, Jitra mengikut daripada siasatan awal jarak lokasi kemalangan dan rumah mereka adalah kira-kira 15 kilometer.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian dan ketika ini suspek dirawat  di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah manakala isterinya dirawat sebagai pesakit luar,” kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd.Jan.

Menurut beliau, polis menerima laporan kehilangan kereta itu pada pukul 10 pagi semalam selepas pemilik kerendaan itu yang dikenali sebagai Lim, 35, membuat laporan.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pihak polis sedang menyiasat mengenai kes tersebut.

Sementara itu, Lim berkata, dia menyedari kehilangan kenderaannya yang diletak di belakang sebuah kedai kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

“Selepas itu, saya membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi di Balai Polis Kuala Kedah dan laporan kedua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar,” katanya lagi.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 379A kanun keseksaan kerana mencuri kenderaan. –KedahNews.com