Australia, 28 Mei – Seorang bayi
perempuan yang dilahirkan mempunyai dua wajah pada 8 Mei yang lalu telah
meninggal dunia semalam.
Keunikan bayi itu mendapat tumpuan
dunia kerana kurang daripada 40 orang didunia mengalami keadaan tersebut.
Bayi perempuan yang diberi nama
Hope dan Faith itu amat jarang ditemui kerana mempunyai dua otak bersaingan
tetapi berkongsi satu badan dikenali sebagai disrosopus.
Sebelum ini, pasangan ibu bapa
bayi ini Renee Young Renee
dan suaminya Simon Howie menyifatkan Hope dan Faith merupakan bayi yang
paling cantik dan berbangga dapat membawanya lahir ke dunia.
“Anda harus melihat keadaan mereka. Ada kalanya Faith
akan menangis dan Hope akan terjaga. Kami sangat bersyukur kerana mendapat bayi
ini,’’ katanya dalam satu temubual dengan Woman’s Day selepas melahirkan Hope
dan Faith.
Kematian Hope dan Faith di umumkan melalui satu akaun
Twitter Channel 9 semalam.
Beribu-ribu ucapan takziah diterima pasangan Australia
ini dari orang ramai di media sosial selepas berita kematian bayi mereka di
umumkan semalam. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor