New Delhi – Seorang remaja perempuan nekad
mengantung diri sehingga mati gara-gara ibunya mengarahkan remaja tersebut
untuk menutup akaun Facebook (FB).
Remaja yang berusia 13 tahun itu dikenali
sebagai Aditi Gupta, telah dimarahi oleh ibunya, Mohana Gupta kerana terlalu
banyak menghabiskan masa melayari laman sesawang media sosial itu.
Menurut laporan media, ibu remaja perempuan
tersebut memberi arahan supaya segera menutup akaun berkenaan ketika sedang
dalam perjalanan pulang ke rumah.
“ Pastikan akaun itu ditutup sebelum ibu
tiba di rumah,” kata Mohana dalam panggilan telefon kepada anaknya sebelum
kejadian itu berlaku.
Ibu remaja tersebut terkejut setelah tiba di
rumah apabila melihat anaknya sudah tergantung didalam biliknya dipercayai
telah membunuh diri.
Mohana terus menghubungi polis dan ketika
disoal siasat, Mohana tidak menyangka anaknya sanggup membunuh diri akibat
perkara yang begitu remeh.
Kejadian ini jelas menunjukkan bagaimana
segelintir remaja sanggup mengorbankan diri mereka akibat terlalu taksub dengan
media elektronik yang dilihat banyak memberi kesan negatif dalam kehidupan
harian mereka. -KedahNews.com