Mungkin sudah budaya di Malaysia, kalau hangat diperbincangkan tentang sesuatu yang mencetus kontroversi, maka isu-isu seumpamanya pasti timbul selepas itu..
Misalnya ialah seperti produk dalam gambar di atas.
Menghairankan, bagaimana mana produk daging babi kisar yang sah-sah haram untuk orang Islam boleh diletakkan logo halal?
Biarpun ia bukan logo halal JAKIM yang rasmi, ia tetap perbuatan yang salah dan mungkin boleh akan mengelirukan.
Seperkara lagi, ia jelas mempermainkan senstiviti Islam di Malaysia, bukan?
Bayangkan kalau ada orang yang kurang cerdik dan tidak memahami
perkataan ‘pork’ itu, tak pasal-pasal dibelinya juga sebab nampak logo
halal.
Apapun, diharap agar pihak berwajib terutamanya JAKIM membuat
pemantauan lebih menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama
berlaku.
KedahNews.com tertanya-tanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak mahu saman syarikat pengeluar "babi halal" ini, kah?