Datuk Mengaku Sahabat Kepada PM, Siap Tulis Di Kad Bisnes!

APAKAH motif sebenar individu ini yang meletakkan kenyataan bahawa dia adalah sahabat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Pastinya ia mempunyai tujuan tertentu bukan.

Kalau diikutkan pada kesesuaian, kemungkinan tidak perlu lah kot meletakkan gelaran sebegitu pada kad nama.

Ia seolah-olah hendak mengumumkan pada semua orang betapa rapatnya anda mengenali seseorang berpangkat besar seperti Perdana Menteri.

Macam riak pun ada juga.

Individu itu, Datuk Abdul Razak Baba  di dalam kad perniagaannya turut menyatakan bahawa beliau adalah Ahli Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka.

KadNamaPelik

Beliau merupakan ahli UMNO di Bahagian Bukit Gantang di Perak.

Jelas juga turut tercatat nama syarikat perniagaan beliau yang menjalankan urusan seperti khidmat pakar rujuk dan juga latihan.

Selain itu, lelaki berkenaan turut menggunakan logo Jata Negara “Bersatu Bertambah Mutu” di kad perniagaannya yang memperlihatkan betapa dia mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan.

Jata Negara sebenarnya tidak boleh digunakan secara sebarangan oleh mana-mana pihak.

Berkemungkinan para peniaga sebegini dilihat menggunakan nama-nama dan gelaran sedemikian untuk mendapatkan projek atau dihormati dalam kalangan masyarakat.

Hasil pemeriksaan lanjut Mynewshub.my melihat tindakan beliau menggunakan gelaran berkenaan sejak tahun 2011 lagi.  Terdapat juga kritikan dari beberapa buah blog pada masa itu bahawa pada ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beliau turut mengaku sebagai sahabat beliau.

Pada 19 Februari 2009, beliau pernah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Pada ketika itu beliau merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Ketika itu Abdul Razak mengaku beliau merupakan calon paling tepat untuk diketengahkan Barisan Nasional kerana beliau disokong kuat oleh para penduduk di kawasan parlimen itu.  –MYNEWSHUB.MY