Michigan – Dia pernah menjadi gadis kegilaan ramai lelaki bermata keranjang ketika beraksi panas sebagai model majalah "Playboy" pada zaman kegemilangannya di era 1970-an dan digelar "spider lady".
Bagaimanapun, nasib Christa McKenna berubah mengikut usianya dan kini terpaksa
mempamerkan "kemahiran" di tepi jalan dengan melipat badannya, demi
mencari rezeki bagi menampung kehidupan bekas model itu.
Zaman kemewahan dan kegemilangan telah
berakhir bagi Christa yang terkenal sebelum ini kerana kebolehan melipat badan serta pernah muncul dalam The Gong Show pada 1979 disebabkan keistimewaannya itu.
Menurut laporan agensi, gadis yang pernah membuat ramai lelaki "meleleh air liur" itu kini menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan merempat di sekitar Michigan dan terpaksa menjadi pengemis jalanan.
Sambil memegang papan tanda tertulis `60
tahun: perlukan kerja, tolong saya’, Christa berkata, dia amat
bersyukur kerana masih ada yang mahu membantunya dan mampu mendapat hasil sebanyak $7 sehari. -KedahNews.com