Earphone tersangkut dalam kemaluan

China, 26 Mei –Tindakan seorang lelaki di negara China memasukan wayar alat pendengar telefon (earphone) ke dalam uretra sebagai kaedah untuk merawat penyakit  yang dialaminya menerima padah apabila dia terpaksa menjalani pembedahan kerana wayar itu tersangkut pada saluran kencingnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Lou, 32, dipercayai memasukan wayar tersebut sebagai kaedah untuk merawat penyakit selepas menerima cadangan daripada seorang rakannya.

Dalam satu laporan akhbar di China, tindakan Lou itu adalah satu kaedah rawatan bagi merawat penyakit yang dihadapinya dan bukan kerana seks.

Pengarah hospital, Xu Chang berkata, lelaki yang dipercayai menghidap beberapa jenis penyakit ini telah beberapa kali menjalankan kaedah rawatan sendiri bagi mengubati penyakit yang dialaminya.

Menurutnya lagi, Lou menjalankan proses rawatan itu sendiri setelah mendapat cadangan dari rakan-rakannya dan perbuatan itu menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan.

Pihak hospital berjaya mengeluarkan wayar sepanjang 45 sentimeter yang tersangkut pada saluran kencing lelaki itu dalam pembedahan tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor