BIARPUN kecil molek orangnya, tetapi auranya sebagai bintang muda dilihat begitu menyerlah pada masa kini.
Elfira Loy bukan sahaja bergelar pelakon, malah sudah mula berjinak-jinak sebagai penyampai kontrak radio ERA selama tiga bulan.
Pada masa yang sama, pelakon muda itu juga sibuk dengan persembahan teater ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’, baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, Elfira menafikan dirinya bersikap tamak kerana menerima pelbagai tawaran.
“Saya bukan tamak kerana menerima pelbagai tawaran yang
datang sebaliknya ia rezeki yang sukar ditolak. Saya terima tawaran
menjadi penyampai radio dan berlakon teater kerana ia memang minat saya
sejak dulu. Selagi saya boleh mengendalikan jadual saya akan terima
mengikut kemampuan diri.
“Saya menjadi penyampai kerana minat dan apa salahnya saya
mencuba bakat sedia ada. Jika nak diikutkan, memang penat dan tidak
cukup rehat, tetapi saya pastikan jadual tersusun dan tidak mengganggu
komitmen pada bidang lakonan.
“Pada masa sama, saya hanya bertugas di konti radio pada
waktu pagi dan hanya pada hujung minggu. Selepas selesai di konti
barulah saya ke lokasi penggambaran pula,” jelasnya.
Hmm…kami rasa tiada salahnya jika Elfira mengambil banyak tawaran sekalipun.
Apa yang penting, dia tahu membahagikan jadualnya agar tidak timbul masalah berkaitan komitmen di kemudian hari. -Mynewshub.my