Ketika keadaan DUN Terengganu sedang bergolak dengan perletakan jawatan
MB, artis kelahiran negeri tersebut,Zizan dilihat semakin bahagia dengan
kekasihnya.
Dan yang terbaru, kekasih Zizan, Emma Maembong terkenal dengan imej yang moden dan sedikit seksi. Namun sejak akhir-akhir ini, pelakon yang kini sedang hangat dilamun cinta dengan pelawak tersohor, Zizan Razak itu dikatakan berubah apabila menolak untuk memakai baju yang mendedahkan sosok tubuhnya. Angin gosip terus bertiup mempersoalkan adakah perubahan itu atas permintaan Zizan?
Bercakap kepada Kosmo!, Emma berkata dia kini lebih suka berpakaian lebih sopan memandangkan saya rasa sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan dalam diri. Bahkan kata bintang drama Projek Memikat Suami ini, kekasihnya Zizan tidak terlibat dalam keputusan perubbahan ke atasa dirinya itu
"Saya kini lebih suka berpakaian lebih sopan memandangkan saya rasa sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Saya ikhlas untuk melakukan perubahan ini dan tidak salah untuk saya berubah ke arah kebaikan. Jadi saya kini sedang berusaha perlahan-lahan ke arah kebaikan.
"Dia (Zizan Razak) tidak pernah terlibat dalam perubahan ini. Saya sendiri berniat untuk melakukan perubahan kepada diri saya. Sebelum ini, dia tidak pernah melarang saya mengenai bab pemakaian. Dia juga pernah pesan kepada saya, jika hendak berubah, biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Dia juga sentiasa menyokong dalam setiap apa yang saya lakukan", katanya.
Emma juga tidak merasakan perubahannya itu menjadi permasalahan kerana buat masa sekarang kerana katanya, semua pihak memberi kerjasama yang amat memberangsangkan. Malah pereka fesyen juga memahami kehendaknya.-UtaraNews.com