Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia
8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra
Fazira.
Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini,
tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah
lagi artis berpengalaman seperti Erra.
“Antara saya dan Erra kami
masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak
dapat untuk komen dengan lebih lanjut,” katanya.
Ditemui semasa
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra
adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.
“Saya
anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman
yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,”
ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.
Kesahihan gosip di antara
Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi
sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.
“Kalau
boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan
peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP,” kata
Erra.
Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.
Terdahulu, Erra atau
nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal
Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu.
Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun. – Murai