Bukan sekali dua pelakon lelaki di Malaysia melakonkan watak
penyamaran sebagai seorang wanita malah pelakon senior seperti Datuk
Jalaludin Hasan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar pun pernah mengalas
peranan tersebut dalam lakonan mereka.
Terbaharu, pelakon Fizz Fairuz dan Izzue Islam pula tampil dengan
watak sedemikian bagi menjayakan filem terbaharu berjudul Mat Tudung.
Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz itu turut mengandingkan dua
aktor popular tersebut dengan heroin yang semakin menjadi pujaan ramai
peminat, Nelydia Senrose.
Mat Tudung mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (lakonan Fizz) yang jatuh cinta pandang pertama pada Zizie (Nelydia).
Johari terpaksa mencari pelbagai helah untuk mendekati Zizie memandangkan gadis tersebut selalu bersikap dingin terhadap lelaki.
Kemudiannya, Johari mendapat idea menyamar sebagai Johanna iaitu adik
perempuan kepada Johari dalam usahanya meraih perhatian Zizie.
Pelbagai insiden menarik berlaku apabila perwatakan ayu Johanna telah
menarik hati bapa Zizie selain sebagai Johari pula dia diintai oleh ibu
Zizie yang kesepian akibat kurang diberi perhatian oleh ayah Zizie dan
juga menjadi ‘target’ abang Zizie (Izzue Islam) yang keliru dengan
jantinanya sendiri.
Dengar sinopsis macam best je kan, jadi apa lagi pergilah serbu
panggung wayang berdekatan anda selepas filem ini ditayangkan pada 28
Julai depan.
Sumber: MYNEWHSUB.MY