Gadis dedah gambar 18sx kepada umum


Seorang gadis yang berusia dalam lingkungan  15-20  tahun ini boleh dikategorikan sangat berani apabila memuat naik beberapa keping gambar panas untuk tatapan para pengikutnya di laman Twitter tanpa memikirkan kesan buruk yang mungkin akan berlaku disebabkan tindakannya itu.

Ketika melihat gambar yang dimuatnaik oleh gadis yang berasal dari Pahang menerusi akaun Twitternya, penulis berfikir apakah tujuan dia mempertontonkan gambar seperti itu kepada umum? Adakah dia berasa bangga memperlihatkan susuk tubuhnya kepada pengikut-pengikutnya?

Dari apa yang dilihat penulis, mungkin tindakan itu dilakukan bagi meraih  menarik minat pengguna laman sosial tersebut untuk menjadi sebahagian pengikutnya di laman Twitternya kerana penulis melihat seramai 7,854 pengguna sudah mengikuti akaun gadis berkenaan.

Mungkin ini satu cara untuk meraih publisiti dikalangan pengguna laman sosial atau mungkin dilakukan disebabkan pengaruh dari artis-artis di negara kita sendiri yang dilihat memuatnaik gambar-gambar yang tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.

Dari sudut pandangan peribadi sesetengah pengguna laman-laman sosial, mungkin apa yang dilakukan gadis ini perbuatan yang memalukan dirinya sendiri tanpa melibatkan orang lain tetapi bagi penulis tindakan ini sebenarnya telah merosakkan nama masyarakat di negara kita.

Ini kerana terdapat pengikut laman sosial datang dari pelbagai pelusuk dunia dan sekiranya gambar-gambar seperti ini di dedahkan kepada umum, bagaimanakah tanggapan masyarakat luar terhadap kita yang merupakan sebuah negara islam?

Apa yang dibimbangkan penulis mungkin selepas ini ramai lagi anak gadis yang akan mengikuti trend seperti ini atau mungkin lebih berani meletakkan gambar bogel mereka pada masa akan datang.

Perkara seperti ini kita tidak dapat jangkakan kerana harga diri dan maruah sudah menjadi perkara kedua dalam hidup masyakat kita disebabkan pengaruh luar yang semakin lama makin sukar dibendung.

Semua tahu dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan kini, kita dapat berkongsi atau memperolehi pelbagai maklumat dengan begitu mudah dan pantas.

Diharap ibu bapa dapat memantau pergerakkan anak-anak kita yang pemikirannya cepat berkembang supaya tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh segelintir anak-anak muda yang sudah terjebak dengan kegilaan ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor