Gadis Kakitangan Pejabat Agama Dicekup Khalwat!



Kota Kinabalu, 29 Mei – Seorang wanita yang sedang mengikut latihan amali (praktikal) di Wisma Majlis Agama Islam Sabah telah dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama kekasihnya di sebuah rumah tumpangan yang disewa oleh teman lelaki itu baru-baru ini.

Wanita yang berusia 22 tahun itu merupakan seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kuala Lumpur dipercayai baru selesaikan membersihkan diri selepas beraksi bersama kekasihnya itu ketika ditahan.

Teman lelaki wanita itu yang juga seorang penuntut IPT di Bandar ini dikatakan terkejut apabila melihat penguatkuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan yang disewanya itu.

Setelah disoal siasat, kedua pasangan ini mengaku mereka pasangan kekasih dan mengambil kesempatan melakukan perhubungan seks di rumah tersebut.

Menurut anggota JHEAINS yang melakukan serbuan, penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil. Pemeriksaan itu juga turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

Kedua-dua akan didakwa disabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM3000. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor