Subang Jaya, 25 Mei – Helah seorang
gadis yang dilihat beristighfar berkali-kali untuk mempertahankan dirinya ketika di soal siasat oleh penguatkuasa
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak berhasil apabila ujian air kencing
yang dilakukan menunjukkan gadis terbabit positif alkohol.
Ketika di soal oleh Jais, gadis
itu mendakwa dia datang untuk mendengar lagu sahaja dan menafikan
sekeras-kerasnya dia mengambil minuman yang beralkohol di pub sebuah hotel terkenal
di sini semalam.
“Sumpah saya tak minum,
datang sini pun nak dengar lagu saja,” kata seorang gadis selepas dicekup mabuk
meneguk minuman keras di pub tersebut.
Dalam serbuan yang dijalankan semalam, sembilan
pengunjung cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang pub tersebut tetapi
tidak berhasil kerana pihak Jais terlebih dahulu bertindak mengawal kesemua
laluan keluar masuk di sekitar pusat hiburan berkenaan.
Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, operasi
yang di jalankan oleh pihak Jais selepas mendapat maklumat mengenai tindakan
pengunjung beragama islam yang bebas menikmati minuman keras di premis hiburan
tersebut.
Dalam serbuan yang dijalankan, Jais berjaya menahan empat
orang lelaki dan tiga wanita yang didapati positif ujian alkohol. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor