BILA mak ayah suruh kahwin, mengelak, bila hidup seorang lama, malu
pula dengan kawan-kawan kita masih belum mempunyai teman istimewa.
Mungkin itu yang berlegar di minda gadis ini apabila sanggup membuka
tawaran untuk mana-mana lelaki yang sanggup disewa selama setengah hari
bagaimanapun sewaan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Di laman sosial Facebook, wanita itu yang mungkin malu kerana
tidak berteman mahu menyewa seorang lelaki untuk sama-sama ke satu
majlis kenduri kahwin pada 1 Jun depan.
Bagaimanapun, lelaki itu perlu berlakon sebagai teman lelakinya hanya dengan bayaran RM50 selama setengah hari.
Sudahlah hendak mencari teman
dengan cara begitu, syarat yang ditetapkan wanita itu juga boleh tahan
antaranya mahukan lelaki berketinggian 176cm ke atas, badan berisi
tetapi tidak terlalu gemuk dan kurus.
Paling tidak dapat ditahan ialah apabila dia mencari seorang lelaki yang ada gaya untuk menjadi teman sementaranya itu.
Tidak diketahui bila iklan ‘terdesak’ ini dimuatkan ke dalam laman
Facebookm Parit Buntar Is My Hometown tetapi jelas tindakan wanita ini
dikecam warga Facebook.
Sudahlah wajah sendiri tidak secantik mana, tergamak menyewa seorang
lelaki hanya dengan bayaran RM50 tetapi dengan ciri-ciri lelaki yang
hampir sempurna.
Hasil carian ke atas laman itu tidak menemui status yang dimaksudkan
kemungkinan ia sudah dipadamkan oleh tuan punya badan kerana mungkin
sudah menemui lelaki ‘sewaan’nya itu.
Sumber: MYNEWSHUB.MY