HAT YAI – Empat letupan bom menggegarkan Hat Yai hari ini menyebabkan lima orang cedera.
Bagimanapun, bom kelima yang dipasang di laluan masuk ke apartmen
dalam kawasan Hospital Prince of Songkhla berjaya dimatikan dengan
selamat.
Letupan pertama dan kedua berlaku kira-kira 1.30 petang di hadapan
kedai serbeneka 7-Eleven yang terletak di Jalan Ponpichai diikuti
berhampiran flat polis bertentangan Balai Polis Hat Yai.
Letupan berhampiran flat polis berkenaan mengakibatkan banyak
kenderaan rosak memandangkan bom dipasang di kawasan tempat letak kereta
di situ.
Pihak bomba berkejar ke kawasan kejadian untuk mengawal kebakaran yang berpunca daripada letupan berkenaan.
Laporan kemudian menyatakan dua lagi bom meletup berhampiran Stesen
Kereta Api Hat Yai serta dekat gedung membeli-belah Robinson.
Bom turut ditemui berhampiran flat Hospital Prince of Songkhla namun skuad pemusnah bom berjaya mematikannya. – The Nation