Tiada siapa menduga, ajal maut sudah tertulis di lauhul mahfuz sejak sebelum hamba Allah itu dilahirkan ke dunia lagi. Hakikatnya, makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Mati itu pasti...
Kali terakhir KedahNews.com terserempak dengan kelibat Al-Marhum Allahyarham Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Anuar Al-Haj ibnu Al-Marhum Sultan Badlishah adalah kira-kira minggu lalu di Wisma Darul Aman.
Ketika itu, baginda kelihatan sihat-sihat saja tanpa menampakkan sebarang tanda akan pergi selamanya meninggalkan kita, rakyat jelata di negeri Kedah.
Semalam, kira-kira jam 12.20 pagi, baginda Tuanku Bendahara dilaporkan mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak. Ketika itu, terbayang di minda KedahNews.com wajah baginda yang menyaksikan Dato' Seri Mukhriz Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.
Jenazah Almarhum Yang Teramat
Mulia Tunku Bendahara Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah
dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar, semalam.
Berikut adalah beberapa keping himpunan gambar sekitar pengkebumian Al-Marhum, semalam. Semoga roh baginda ditempatkan bersama para solehin, awliya' dan mursaleen serta dicucuri oleh rahmatNya. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uuunnn. Al-Fatihah. -KedahNews.com