Seorang gadis
kini mungkin akan meninggalkan hobinya yang suka berselfie apabila mendapati
ada kelibat makhluk yang seakan-akan dirinya tetapi kedudukan pantulan
cermin jelas membuktikan bayangan itu memandang ke arah dirinya sendiri.
Gambar yang dimuatnaik itu
mendapat perhatian para pengguna laman sosial di Twitter yang kebanyakkan
mengesahkan objek yang dipantul melalui cermin adalah makhluk lain kerana
kedudukan mata dalam cermin itu seolah-olah memandang ke arah gadis itu.
Difahamkan bahawa gadis itu merupakan salah seorang kakitangan
di Taman Tema di Genting Highlands, dan menurut sumber yang terdapat di dalam laman
sosial itu gambar itu dirakam berhampiran kawasan VSM,Visioncity.
Menurut "Jefrizal Jeff"
di laman Facebook itu, keadaan seperti itu sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang tinggal
di sana kerana pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti menjumpai tangan yang
telah dipotong dan ada yang telah disampuk ketika datang kerja.
Adakah semua dakwaan ini benar
atau ia direka semata-sata? Itu tak dapat dipastikan namun yang pasti gadis
dan objek di dalam cermin tersebut kelihatan sama cantik. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor