Gambar: Ratusan ahli PKR serang ibupejabat PKR Pusat

Baru-baru ini ratusan ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat "mengamuk" dan berdemonstrasi di depan ibupejabat parti itu yang terletak Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya.

Kekecohan menerusi demonstrasi itu tercetus apabila mereka mendakwa terdapat penyelewengan, penipuan dan beberapa tindakan yang menyalahi peraturan pemilihan parti di kalangan calon yang bertanding.

Selain itu, turut dikatakan beberapa pemimpin parti yang "adil" tersebut telah berlaku zalim dan bertindak luas batasan sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bersabar untuk bertindak melakukan demonstrasi terhadap parti mereka sendiri.

Antara yang diminta untuk melepaskan jawatan ialah dua calon Timbalan Presiden PKR, Saifudin Nasution dan Azmin Ali, calon Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.

Selain itu nama Pengerusi Jawankuasa Disiplin PKR, Tan Kee Keong serta Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sg Petani, Johari Abdul, turut dikecam hebat ahli-ahli PKR yang berdemo.

Cubaan "De Facto" PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mententeramkan keadaan juga turut gagal apabila sebahagian besar dari pendemo itu yang masih enggan beredar dan menyatakan enggan menurunkan sepanduk mengecam parti pimpinannya itu.

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar demonstrasi tersebut. -KedahNews.com