Guan Eng takkan sokong hudud..!


Georgetown, 20 Mei – Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, menafikan dakwaan salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar mengenai sokongan penuh Lim Guan Eng terhadap pelaksaan hudud secara sulit.

Menurut Wong, kenyataan yang dilemparkan terhadap Ketua Menteri itu adalah satu pembohongan yang dilihat sebagai satu tindakan jahat bagi memecah belahkan sokongan rakyat dalam PRK yang akan berlangsung di negeri tersebut.

Tuduhan yang dilemparkan oleh Mohamed Nabi Bux itu juga tidak berasas kerana tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menguatkan dakwaannya terhadap Lim Guan Eng.

"Ketua menteri Lim Guan Eng telah menyatakan atas kapasiti beliau sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP bahawa beliau tidak menyokong pembentangan rang undang-undang di Parlimen bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Lim Guan Eng turut menyatakan hudud tidak akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

"Kenyataan itu telah dilaporkan oleh media massa," kata Wong dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebelum ini, Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar yang bertanding sebagai calon bebas di PRK Perlimen Bukit Gelugor mendakwa Lim Guan Eng sebenarnya menyokong perlaksaan hudud secara sulit tanpa di ketahui oleh ahli Parti DAP. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor