Jempol – Seorang
guru beranak satu nyaris menjadi mangsa rogol selepas selesai menunaikan solat
zohor jumaat lalu. Perbuatan itu telah dilakukan selepas suspek dipercayai
berjaya menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu jeriji yang tidak dikunci.
Kejadian itu
berlaku ketika guru tersebut tinggal seorang diri dirumah. Ketika kejadian
berlaku, mangsa yang baru selesai menunaikan solat zohor terdengar pintu jeriji
dibuka dan terkejut melihat suspek yang berseluar pendek tanpa baju berada di
dalam rumahnya.
“Suspek
mengarahkan mangsa supaya diam lalu menolak wanita ke lantai dan cuba menutup
mulutnya.
“Mangsa yang
terjatuh menendang suspek dan berjaya
melepaskan diri lalu meminta pertolongan jiran-jirannya,” kata Ketua Polis
Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, kepada media baru-baru ini.
Menurut Hamzah,
suspek yang tahu perbuatannya terbongkar cuba menipu dengan memberi alasan dia
masuk ke dalam rumah tersebut untuk mengusir seseorang yang telah menceroboh
rumah itu.
Perbuatan suspek
untuk menyelamatkan diri tidak berjaya dan dia telah ditahan oleh pihak polis
selepas menerima laporan insiden daripada mangsa.
Suspek
dipercayai memasuki rumah mangsa dengan memanjat tembok selepas pagarnya
berkunci namun berjaya menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa kerana mangsa
tidak mengunci pintu jeriji rumahnya.
“Suspek yang
bekerja di sebuah syarikat pendawaian elektrik telah berkahwin,” katanya ketika
mengulas laporan mengenai kejadian
semalam.
Kes tersebut
masih disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan di bawah kesalahan
mencabul. –KedahNews.com