Rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan
dikecam ramai pihak berkepentingan agama atau politik terutama DAP.
Pelbagai hujah dikemukakan mereka bagi membantah rancangan tersebut
sehingga menjejaskan hubungan pakatan pembangkang yang terbentuk antara
parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Berikutan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan
satu kenyataan berhubung rancangan melaksanakan undang-undang hudud di
Kelantan seperti berikut:
1. Semua pihak di kalangan umat Islam adalah wajib menerima kewajiban
melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan
di antara satu sama lain. Perlu diingati bahawa perkara yang berkait
dengan “ikhlas” adalah urusan Allah, bukan urusan kita.
2. Allah telah menegaskan wujudnya berbagai lapisan dan peringkat di kalangan umat Islam. Baca dan fahamilah firman Allah SWT :
Maksudnya :
Maksudnya :
(31) Dan al-Quran yang Kami wahyukan kepada mu (Wahai Muhammad) ialah
yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang
diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan
sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha melihat dan
memerhatikan.
(32) kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang
yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka
ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan
ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di
antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan
dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar
(dari Allah semata-mata). [Surah Fathir]
3. Apa yang wajib ialah membetulkan kefahaman dan menjelaskan
terhadap salah faham dan kekeliruan terhadap hukum Allah yang Maha Adil
dan Bijaksana. Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara
sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan
memperlekehkan di antara satu sama lain.
4. Kita perlu juga ingati bahawa ada kalangan yang hanya mengenali
isu ini sebagai isu “hukum Hudud” atau sebahagian daripada hukumnya
sahaja, tanpa menyedari bahawa Hudud sebenarnya hanya salah satu
daripada cabang undang-undang Kanun Jenayah Syariat Islam (II) yang
telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1993.
Fahamilah ilmu jenayah syariah Islam itu dalam bentuknya yang lebih
jelas seperti hudud, qisas dan takzir.
5. Setengahnya juga tidak ingin memahami kesempurnaan Islam dan
hukumnya yang memberi petunjuk ke jalan yang benar tanpa menyekat
kemampuan akal yang bijak dan hak asasi yang tidak melampau sehingga
menghilangkan sifat kemanusiaan yang sebenar. Sehingga ada yang lebih
bersimpati terhadap penjenayah, tanpa peduli terhadap mangsanya. Atau
lebih melihat hak asasi binatang lebih daripada hak asasi manusia yang
sebenarnya.
6. Sebenarnya kita wajib mengambil hikmah dari para perunding
kemerdekaan negara yang mewujudkan Perlembagaan yang memberi ruang
adanya hak hukum Syariat dan undang-undang jenayahnya, sehingga menolak
dakwaan halangan perlembagaan terhadap wujudnya berbagai-bagai
undang–undang dalam masyarakat majmuk.
7. Kewajipan umat Islam sendiri ialah menafsirkan Islam yang sebenar
yang wajib menjadi pegangan mereka dan membuang saki baki sekatan
penjajah dalam perlembagaan, kerana kita telah mencapai kemerdekaan.
8. Kalangan bukan Islam pula sudah ada hak mereka yang termaktub
dalam perlembagaan. Sepatutnya penganut Islam menyedari hak mereka yang
sebenar untuk percaya dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.
9. Fenomena yang berlaku diwaktu ini ialah merebaknya penyakit
jenayah yang menimpa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, khususnya
jenayah berat, menandakan tidak ada kehebatan undang – undang ciptaan
manusia yang diamalkan sekarang. Adapun umat Islam wajib kembali ke
pangkal jalan kepada ajaran agama Islam yang wajib diperkasakan. Ini
adalah hak penganut Islam yang wajib dilindungi oleh perlembagaan yang
wajib adil terhadap semua.
10. Ada pun kebimbangan penganut bukan Islam telah dijelaskan oleh
al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Adapun al-Quran ialah firman
Allah:
Maksudnya :
(42) oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
11. Ayat ini menunjukkan, walau pun berkait dengan penganut agama
Yahudi Ahli kitab yang ada hukum hudud dan qisas dalam kitab mereka,
namun tidak dipaksakan ke atas mereka. Apa lagi kepada penganut agama
yang tidak ada undang –undang jenayahnya yang tersendiri.
12. Imam Ibnu Kathir dan lain-lain merekodkan bahawa perkara ini
berlaku dalam masyarakat majmuk di awal negara Islam. Maka mazhab Islam
yang diamalkan dalam masyarakat majmuk mengambil kira sejarah ini. Di
antaranya mazhab Maliki, Hanafi dan kalangan mazhab Syafe’i dan mazhab
yanag lain. Perkara ini termasuk dalam konsep tidak ada paksaan dalam
agama.
13. Adapun dakwaan tidak adil terhadap penganut Islam adalah
sebenarnya berpunca daripada kejahilan, sehingga salah faham terhadap
ajaran agama sendiri, kerana tidak menyedari hikmah kehebatan
undang-undang yang menggerunkan sehingga kadar jenayah menurun dan
akhirnya hapus di kalangan penganut Islam. Adalah salah akal, sekiranya
memahami bahawa rakyat akan berlumba untuk mencuri supaya dipotong
tangan dan kaki, apa yang sebenarnya berlaku ramai kalangan para
penjenayah akan bertaubat.
14. Wajib difahami, bahawa undang-undang jenayah Islam lebih bersifat
mendidik daripada menghukum, kerana adanya syarat-syarat yang sangat
menyusahkan bagi menjatuhkan hukuman Qisas dan Hudud yang dinaskan dan
lebih banyak ruang kepada hukuman Takzir yang lebih ringan dan dengan
mendidik. Dalam masa yang sama hakim diminta mencari jalan untuk
membebaskan, sama ada daripada kefahamannya sendiri atau bantuan para
peguam, dengan meneliti segala keterangan saksi dan lain-lain,
disertakan dengan ayat al-Quran dan Hadis yang lebih menggalak bertaubat
kepada Allah dan memaafkan di luar mahkamah.
Sabda Rasulullah SAW
(Hukum hudud ditolak dengan adanya kekeliruan )
15. Kekeliruan yang wujud semasa perbicaraan adalah meliputi sama ada
wjudnya unsur paksaan, kejahilan tegar, atau fitnah dalam sesuatu kes
itu. Dalam hal ini Imam Malik menegaskan : ”Sekiranya ada satu unsur
kekeliruan daripada sembilan puluh sembilan bukti yang sahih maka tidak
boleh dijatuhkan hukuman. Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik
daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”
“Kesilapan hakim membebaskan orang yang dituduh lebih baik
daripada kesilapan menjatuhkan hukuman”
16. Kalangan penentang pelaksanaan Syariat sengaja memilih aspek
Hudud dan khususnya isu memotong tangan pencuri dan perompak dan
mencacatkan anggota menjadi ruang untuk menyerang undang-undang syariat
Allah yang dinaskan, tanpa menghormati hak mangsa jenayah dan lebih
mempertahankan penjenayah yang sangat zalim.
17. Hudud dan Qisas adalah hukum jenayah yang dinaskan dalam Al Quran
dan Hadis, di mana sejumlah kecil sahaja yang disenaraikan, hanya dalam
perkara yang tidak mungkin diselesaikan oleh akal manusia, maka Allah
memberi petunjuk dengan rahmatnya. Ada juga yang boleh dikeluarkan
daripada senarai Hudud kerana adanya kalangan ulama yang tidak
mengiranya kerana nas yang bersifat umum. Ada perkara lain yang tidak
terkiranya banyaknya, maka Allah mengizinkan kebijaksanaan manusia dan
pengalamannya.
18. Cukuplah dengan akibat tidak mampu mengatasi jenayah khususnya
keganasan dan moral yang memusnahkan kehidupan manusia. Bagi penganut
Islam, keizinan ini menjadi sempadan aqidah yang besar, kerana firman
Allah memberi amaran :
(20) Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah
di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang
dikehendakiNya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya)
kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia
itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu
bahagian pun di akhirat kelak.
(21) Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian dari agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian). dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
19. Kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sepenuhnya sejak tahun
1990. Undang –undang jenayah syariat dikemukakan mengikut proses siyasah
syariah, politik Demokrasi dan pengurusannya. Setelah disusun oleh
pakar Syariah dan perundangan moden, ianya di bawa terlebih dahulu
kepada umum dengan jemputan kepada semua parti politik, NGO Islam dan
bukan Islam untuk mendengar dan memberi penjelasan kepada semua pihak.
Selepas ini selesai, baharulah ianya dibawa kepada Dewan Undangan Negeri
Kelantan, kemudiannya Terengganu dan berlakulah polemik ilmu secara
terbuka selepas dari itu.
20. Oleh kerana PAS terus memimpin di Kelantan, maka PAS memilih
Kelantan sahaja, dan PAS wajib menerima secara positif terhadap semua
pihak yang bersedia menerimanya dan bersedia memberi penjelasan terbuka
atau tertutup kepada semua pihak yang masih ragu atau tidak faham
hakikatnya yang sebenar. Marilah kita menjelas dan menyatakan Islam
adalah rahmat kepada seluruh manusia.
Haji Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Presiden PAS