Inikah gadis yang "fitnah" Anzalna?

Tidak tahu di mana silap atau dosa pelakon, Anzalna Nasir, yang tiba-tiba menjadi mangsa fitnah seorang gadis yang tidak dikenalinya.

Menurut Anzalna di laman sosial Instagram miliknya, seorang gadis yang dipaparkan wajah telah menabur fitnah terhadap pelakon muda itu menuduhnya pernah melakukan penbedahan plastik di wajah supaya kelihatan cantik.

"FITNAH! FITNAH! FITNAH! Syukur Alhamdulillah dengan apa yang Allah beri.. Semoga kamu dirahmati Allah..Amin.." kata Anzalna bersama gambar yang dimuat naik ke lama sosial tersebut.


Pandangan penulis mungkin terjurus ke arah gadis yang dituduh memfitnah Anzalna itu hanya bergurau bersama rakan-rakannya di laman sosial mereka sendiri. Namun rasanya, gurauan pun ada batas-batasnya, apatah lagi membabitkan maruah orang lain, bukan?

Di zaman millenium serba serbi maklumat dihujung jari ini, kadangkala secara tidak sedar kita telah melakukan dosa, sama ada pada diri sendiri mahupun pada pihak lain.

Pun begitu, adalah lebih baik kalau kita merujuk kepada gaya hidup cara Islam yang lebih sederhana, tidak terlalu bebas gurauan, menggunakan laman sosial sebaiknya dan berbicara secara beradab dengan sesiapa sekalipun.

Lagipun, bukankah Rasulullah SAW menganjurkan kita agar menjaga lisan (lidah) dan pengertian itu mungkin boleh merujuk pada penggunaan laman sosial juga, kan? Jadi, jagalah akhlak masing-masing kerana setiap perlakuan kita ada dosa dan ada pahala. Wallahu'alam. -KedahNews.com