Kuala Selangor –
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung di sini bertukar menjadi
kecoh sehingga menyebabkan proses pemilihan yang dijalankan terpaksa
dibatalkan.
Kuala Selangor
merupakan kawasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan dijangka
insiden tersebut memberi tamparan hebat kepada beliau yang dilihat berhempas-pulas di dalam perebutan
jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Pengundian yang
dijalankan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya tiba-tiba tidak terkawal apabila wujud
dakwaan proses pengundian telah melanggar peraturan.
Proses
pengundian yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dibatalkan pada jam 1.45
petang selepas beberapa anggota parti membantah cara pengundian yang dijalankan
serta mendakwa terdapat wakil calon memangkah kertas undi yang sepatutnya
dilakukan oleh pengundi sendiri.
Dalam pemilihan
merubut jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Abdul Khalid berdepan dengan
persaingan satu lawan satu dengan bekas Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.
“Pihaknya
meminta maaf kepada anggota PKR berhunung kegagalan pemilihan di cabang
berkenaan,” kata Abdul Khalid menerusi laman Twiternya semalam.
“PKR perlu
melakukan transformasi menyeluruh berikutan wujudnya pelbagai dakwaan berhubung
sabotaj dan cara pengendalian pemilihan yang tidak telus,” katanya lagi.
Bagaimanapun,
beliau menafikan wujud pembelian undi seperti yang didakwa S.Manikavasagam.
Pemilihan PKR di
Selangor mencatat insiden memalukan apabila 12 daripada 22 cabang parti itu
terpaksa dibatalkan proses pemilihannya ekoran pelbagai insiden termasuk
dakwaan tiada ketelusan dan penipuan.
Selain Kuala
Selangor, pemilihan yang telah dibatalkan melibatkan Cabang Sarbak Bernam,
Kuala Langat, Subang, Sepang, Hulu Langat, Shah Alam, Sungai Besar, Klang, Kota
Raja, Selayang, dan Hulu Selangor.
Pemilihan PKR
Cabang Sabak Bernam menyaksikan berlaku pertikaman lidah diantara
penyokong-penyokong calon yang bertanding sehingga hampir berlaku
tumbuk-menumbuk dan insiden berdarah.
Kejadian berlaku
selepas JawatanKuasa Pemilihan Pusat membatalkan proses pemilihan pada pukul 1
tengah hari dan menangguhkan ke tarikh yang akan di umumkan kemudian.
Anggota polis
berjaya merampas sebatang kayu dipercayai digunakan oleh salah seseorang
penyokong calon yang bertanding kerana cuba memukul seorang penyokong lain
dalam kejadian semalam.
Dalam
perkembangan yang sama, kekecohan berlaku di PKR Cabang Kota Raja, Klang
apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke
lantai di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Taman Seri
Andalas.
Kekecohan
berlaku berpunca akibat kelemahan sistem pemilihan baharu PKR dan pegawai
pemilihan tidak mengenali calon yang bertanding dalam proses pemilihan kali
ini. –UtaraNews.com